PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Siri Webinar Kempen Internet Selamat 2026 Siri 18 Topik: “Algoritma & Kita: Bagaimana AI Kawal Apa Kita Tengok?”

1 Ogos 2026 -Program Siri Webinar Kempen Internet Selamat 2026 Siri 18 bertajuk “Algoritma & Kita: Bagaimana AI Kawal Apa Kita Tengok?” telah berlangsung pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) secara dalam talian melalui Google Meet. Webinar yang dianjurkan oleh SSO ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Syed Zulkarnain Syed Idrus dan terbuka kepada penyertaan kanak-kanak serta orang dewasa.

Seramai 6 peserta telah mengikuti webinar tersebut di NADI Kampung Pantai Sabak. Sesi perkongsian memberi pendedahan mengenai cara algoritma kecerdasan buatan (AI) menentukan kandungan yang dipaparkan kepada pengguna di platform digital, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menggunakan teknologi secara berhemah serta mengamalkan penilaian kritis terhadap maklumat yang diterima.

Penyertaan dalam webinar ini diharap dapat membantu peserta memahami dengan lebih baik pengaruh AI dalam kehidupan seharian serta menyokong usaha memperkukuh literasi digital dan keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.

Berita Berkaitan