PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Usahawan Cilik Cohort 2 – Webinar 1 (Pelan Perniagaan Pertama Saya)

10 Mei 2025 –

10 Mei 2025 – Program Usahawan Cilik Cohort 2 telah membuka tirainya dengan penganjuran Webinar 1: Pelan Perniagaan Pertama Saya, yang memberi pendedahan awal tentang asas keusahawanan kepada peserta muda.

Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada alat perancangan perniagaan yang dikenali sebagai Business Model Canvas. Mereka diberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk mengenal pasti pelanggan sasaran, membina nilai cadangan, memilih saluran pemasaran serta mengurus kos dan hasil.

Sebagai latihan, peserta turut diberikan tugasan untuk membina dan menghantar idea Business Model Canvas masing-masing, berdasarkan minat dan kreativiti tersendiri.

Webinar ini berjaya mencetuskan minat dan semangat keusahawanan dalam kalangan peserta cilik, serta menjadi langkah awal yang penting dalam membentuk usahawan muda yang berdaya saing dan berwawasan.

Berita Berkaitan