PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Sesi Mentor Khas Tiny Techies-Santai Bersama Pakcik Lan: Agenda Pemerkasaan STEM Robotik Nasional Bermula Dengan Anda

21 Jun 2025 – Program khas Tiny Techies kali ini menampilkan sesi istimewa bertajuk “Santai Bersama Pakcik Lan”, yang berlangsung dengan penuh santai namun sarat dengan ilmu dan inspirasi. Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada hala tuju serta potensi besar dalam bidang STEM dan robotik, dengan penekanan terhadap peranan generasi muda dalam menjayakan agenda nasional.

Perkongsian oleh Pakcik Lan, tokoh berpengalaman dalam pendidikan teknologi dan robotik, membuka perspektif baharu kepada para peserta tentang pentingnya menguasai kemahiran abad ke-21. Beliau turut menyentuh kepentingan pemikiran kritikal, kreativiti dan kerjasama dalam menyelesaikan masalah melalui teknologi robotik.

✨ “Robotik bukan sekadar mesin; ia adalah alat yang boleh membina masa depan negara jika dipegang oleh tangan-tangan yang betul,” ujar beliau dalam sesi tersebut.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Tiny Techies yang bertujuan memupuk minat awal terhadap bidang teknologi dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah, selaras dengan visi memperkasakan komuniti celik teknologi dari peringkat akar umbi.

Berita Berkaitan