22 Januari 2026 – Dua peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Siri Cyber Hygiene Asas Keselamatan Siber. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan keselamatan siber asas, termasuk cara melindungi maklumat peribadi dan menggunakan internet dengan selamat.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan digital dalam kalangan komuniti setempat. Pihak NADI Kampung Pantai Sabak merakamkan penghargaan kepada penganjur atas peluang yang diberikan dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat masyarakat.
