8 Ogos 2026 – Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) telah dijalankan sempena Program Akademi Asas Penerangan dan Taklimat Isu serta Perbahasan Interaktif pada Sabtu, 8 Ogos 2026 bertempat di NADI Kampung Pantai Sabak.
Taklimat ini dilaksanakan sebagai Sesi 1 dalam program tersebut dengan menggunakan Modul Keibubapaan Digital. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan keibubapaan digital dalam membimbing anak-anak menggunakan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab. Selain itu, peserta turut diberikan penerangan berkaitan isu dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam era digital, termasuk kepentingan pemantauan serta bimbingan terhadap aktiviti anak-anak di alam maya.
Pelaksanaan taklimat ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai amalan keibubapaan digital yang baik, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran penggunaan internet yang lebih selamat untuk keluarga dan komuniti.


