PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Taklimat NADI MAHIR Bersama Komuniti – Sesi Terbuka

5 Julai 2025 – Satu sesi taklimat terbuka NADI MAHIR bersama Komuniti telah diadakan secara dalam talian melalui Google Meet dan ditayangkan serentak di NADI seluruh negara. Bagi NADI Kampung Pantai Sabak, seramai tiga orang peserta hadir untuk mengikuti sesi ini secara fizikal.

Taklimat ini bertujuan memperkenalkan program NADI MAHIR – satu inisiatif di bawah kerjasama NADI dan Pembelajaran Sepanjang Hayat – MAHIR yang menawarkan peluang pembelajaran praktikal serta bimbingan mentor secara percuma kepada komuniti setempat.

Antara pengisian taklimat termasuk:
✅ Pengenalan program NADI MAHIR
✅ Peluang mendapatkan bimbingan mentor secara langsung
✅ Maklumat permohonan terbuka untuk Intake Kedua
✅ Peserta yang berjaya menamatkan kursus akan menerima Sijil Kemahiran

Program MAHIR menampilkan pelbagai kursus menarik yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat, antaranya:

  • Mahir Pertanian Pintar

  • Mahir Jahit

  • Mahir Foto

  • Mahir Baiki Gajet

  • Mahir Masak

Melalui taklimat ini, peserta bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai peluang pembelajaran, tetapi turut digalakkan untuk memohon tempat dalam pengambilan kedua yang kini sedang dibuka. Pihak NADI berharap lebih ramai ahli komuniti akan merebut peluang ini dan menjadikan program MAHIR sebagai batu loncatan untuk meningkatkan kemahiran dan taraf hidup.

Berita Berkaitan