8 April 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak bersama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Padang Kala telah menganjurkan Taklimat Perkhidmatan Pintar NADI dan Celik DELIMA di SMK Long Ghaffar 2. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru dan pelajar mengenai pengenalan NADI dan kemudahan digital yang disediakan serta penggunaan platform DELIMA untuk mengakses portal e-Kelas dalam pembelajaran. Turut diadakan taklimat tentang perkhidmatan dan sokongan ICT yang ditawarkan oleh NADI.


