12 September 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Webinar Gerak Gempur SPM: Bahasa Melayu – Teknik Menjawab Kertas 1 yang berlangsung secara dalam talian pada 12 September 2026.
Webinar anjuran NADI dan Tuisyen Rakyat ini disampaikan oleh Cikgu Azam dengan memberi fokus kepada strategi menjawab soalan, analisis soalan dan kata kunci serta teknik menghasilkan jawapan berkualiti bagi membantu calon SPM membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Seorang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai webinar yang disasarkan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5. Penyertaan ini diharap dapat memberikan manfaat serta meningkatkan keyakinan peserta dalam menghadapi peperiksaan SPM.


