PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Kempen Internet Selamat Siri 19 – Fikir Dulu Sebelum Post: Etika Digital 101

5 September 2026 – NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Webinar Kempen Internet Selamat Siri 19 bertajuk “Fikir Dulu Sebelum Post: Etika Digital 101” yang berlangsung secara dalam talian pada 5 September 2026.

Webinar ini menampilkan Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib, Profesor Universiti Utara Malaysia (UUM), sebagai penceramah jemputan. Program ini terbuka kepada kanak-kanak dan golongan dewasa bagi meningkatkan kesedaran mengenai etika serta penggunaan internet secara bertanggungjawab.

Seramai 6 orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai webinar yang dianjurkan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan berfikir sebelum berkongsi sebarang kandungan di media sosial.

Penyertaan ini diharap dapat meningkatkan kesedaran peserta tentang etika digital dan menggalakkan penggunaan internet secara lebih bijak, selamat dan berhemah.

Berita Berkaitan