10 Oktober 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Pantai Sabak telah menyertai Webinar Siri 20 (LIVE) yang bertajuk “Pandai Atau Ciplak? Guna AI Tanpa Hilang Integriti” yang berlangsung pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang melalui platform Google Meet.
Webinar ini disampaikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Syed Zulkarnain Syed Idrus, yang membincangkan kepentingan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara beretika dan bertanggungjawab, khususnya dalam memastikan integriti serta keaslian hasil kerja sentiasa terpelihara.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta tentang penggunaan AI dengan bijak tanpa mengabaikan nilai kejujuran, amanah dan tanggungjawab dalam menghasilkan sesuatu tugasan atau kandungan digital.
Seramai 9 orang peserta telah menyertai webinar ini. Penganjuran program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat tentang penggunaan teknologi digital secara positif, berhemah dan berintegriti seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

