PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Keselamatan Siber: “Phishing” dan Ancaman Terhadap Akaun Media Sosial

24 Julai 2025 (Khamis), siri webinar keselamatan siber anjuran NADI diteruskan bagi bulan Julai dengan topik penting bertajuk “Bagaimana ‘Phishing’ Boleh Ambil Alih Akaun Anda?”. Sesi ini berlangsung secara langsung melalui platform Zoom dari jam 3:00 hingga 4:30 petang dan terbuka khusus untuk semua ahli NADI. Antara pengisian utama webinar termasuklah sesi audit akaun media sosial secara langsung, semakan akses aplikasi pihak ketiga dan log masuk luar biasa, serta demonstrasi serangan phishing menggunakan Evilginx di mana peserta dapat melihat sendiri bagaimana akaun boleh digodam hanya melalui satu klik.

Pendedahan secara langsung seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber, malah memberi pengetahuan praktikal yang boleh terus diamalkan oleh peserta. Siri webinar ini akan diteruskan secara bulanan dengan topik-topik keselamatan digital yang berbeza bagi memperkasakan komuniti dengan ilmu pertahanan siber yang relevan dan terkini.

Berita Berkaitan