PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Motivasi Pelajar Edisi 4 – Fresh Start! Sikap Baharu Untuk Pembelajaran Yang Lebih Baik

6 Disember 2025 – 4 orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak turut serta dalam program “Fresh Start! Sikap Baharu Untuk Pembelajaran Yang Lebih Baik”, iaitu Webinar Motivasi Pelajar anjuran DILEA yang dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia melalui rangkaian Dilea. Webinar ini berlangsung dari 2.50 petang hingga 4.30 petang.

Program motivasi ini memberi fokus kepada pembentukan sikap positif, teknik pengurusan masa, persediaan mental bagi sesi persekolahan baharu, serta kaedah pembelajaran yang lebih tersusun. Para peserta turut didedahkan dengan kepentingan memulakan tahun baharu dengan minda yang segar dan sikap yang lebih proaktif dalam akademik serta kehidupan harian.

Penyertaan NADI dalam program ini membolehkan pelajar setempat menikmati peluang pembelajaran yang sama seperti lokasi-lokasi lain di seluruh negara, selaras dengan objektif SSO dalam memperkukuh sokongan psikososial untuk pelajar.

Berita Berkaitan