23 Mei – Seorang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Webinar 2D Animation II yang berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Faizal Hakimmy bagi mendedahkan peserta kepada teknik dan prinsip asas pembuatan animasi dua dimensi secara digital.
Tiga slot utama sepanjang webinar berlangsung adalah :
-
Bringing Drawings to Life (Menghidupkan lukisan)
-
Applying the Principles (Aplikasi prinsip-prinsip animasi)
-
Wrap-Up & Big Picture (Rumusan & hala tuju industri)
Melalui bimbingan intensif menggunakan komputer dan perisian animasi ini, program ini berjaya memberi kemahiran baharu kepada peserta tempatan dalam menghasilkan karya animasi digital dua dimensi (2D).


