20 November 2025 – Webinar NADI x Cybersecurity bertajuk “Ancaman Siber Dalam Dunia AI”, yang memberi pendedahan mengenai risiko keselamatan siber dalam era teknologi kecerdasan buatan yang semakin berkembang pesat telah dijalankan melalui platform Zoom pada Khamis, 20 November 2025 bermula pada 3.00 petang hingga 4.30 petang yang telah disertai oleh 2 orang peserta dari komuniti setempat.
Webinar ini memberi fokus kepada jenis-jenis ancaman siber yang berkaitan AI, Kebimbangan keselamatan digital seperti penipuan identiti, phishing & serangan data, Langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan platform AI, Tips melindungi maklumat peribadi di internet dan Isu etika & privasi dalam penggunaan teknologi moden
Sesi ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan siber serta cara menjaga keselamatan maklumat dalam dunia digital, terutamanya apabila semakin banyak penggunaan AI dalam kehidupan harian, perniagaan dan pendidikan.
NADI Kampung Pantai Sabak berharap webinar sebegini dapat diteruskan untuk memberi panduan dan ilmu terkini berkaitan keselamatan internet khususnya kepada golongan belia dan pengguna aktif teknologi.
