10 Julai 2025, Khamis – Webinar bertajuk “Dari Serangan Siber ke Pemulihan: Asas Tindak Balas Insiden & Forensik Digital” telah diadakan secara dalam talian melalui platform Zoom pada pukul 3.00 hingga 4.30 petang. Webinar ini merupakan kerjasama antara NADI dan CyberSecurity Malaysia dan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai keselamatan siber dan keperluan asas dalam menangani insiden digital.
🔍 Antara pengisian menarik:
-
🛠 Langkah asas dalam tindak balas insiden siber
-
🔍 Pengenalan kepada forensik digital
-
🕵️ Teknik OSINT & Google Dorks
-
🎥 BONUS: Demonstrasi insiden dan analisis forensik secara langsung
Dua peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak turut serta mengikuti sesi ini bagi menimba pengetahuan baharu dalam bidang keselamatan digital – satu kemahiran yang semakin penting dalam era teknologi masa kini. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada dunia keselamatan siber, malah membantu peserta memahami peranan komuniti dalam menghadapi ancaman digital secara lebih bersedia.


