26 Mei 2025 – Webinar Digital eKelas Usahawan telah berjaya diadakan secara atas talian melalui platform Zoom pada hari Isnin, 26 Mei 2025. Program ini menghimpunkan penyertaan daripada seluruh negara, termasuk empat orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak.
Webinar ini bertujuan untuk memperkasakan para usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran digital yang relevan dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan masa kini.
Program terbahagi kepada dua sesi utama iaitu:
-
Strategi Pemasaran Digital (10.00 pagi – 11.00 pagi), yang memberi tumpuan kepada teknik promosi perniagaan dalam talian secara berkesan, serta
-
Penciptaan Kandungan Digital (2.00 petang – 3.00 petang), yang menekankan kepentingan menghasilkan kandungan kreatif untuk menarik pelanggan dalam platform digital.
Penyertaan aktif daripada peserta seluruh negara termasuk komuniti usahawan luar bandar membuktikan minat yang tinggi terhadap pembangunan keupayaan digital. Program seperti ini diharap dapat diteruskan bagi menyokong aspirasi pendigitalan perniagaan tempatan.