PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat 2025 Siri 5 – Rompakan Alam Siber: TAC, Panggilan Telefon dan SMS

29 Mei 2025 – Kempen Internet Selamat Siri ke-5 dengan topik bertajuk “Rompakan Alam Siber: TAC, Panggilan Telefon dan SMS” telah diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet bermula jam 3.00 hingga 4.00 petang. Program ini menampilkan Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib, Pensyarah dari Universiti Utara Malaysia, yang berkongsi ilmu serta amaran berkaitan taktik penipuan siber yang semakin berleluasa seperti penyalahgunaan TAC, panggilan palsu, dan SMS scam.

Sesi ini terbuka kepada semua golongan — termasuk kanak-kanak dan dewasa — bagi meningkatkan kesedaran serta ketahanan masyarakat terhadap ancaman jenayah siber yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Seramai 7 peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak menyertai sesi ini, terdiri daripada 3 peserta belia/dewasa dan 4 peserta kanak-kanak. Penglibatan pelbagai lapisan usia ini mencerminkan kepentingan pendidikan keselamatan siber di peringkat akar umbi.

Kempen ini merupakan usaha berterusan dalam membina masyarakat celik digital dan lebih peka terhadap isu keselamatan siber yang semakin kompleks pada era masa kini.

Berita Berkaitan