PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer – Penyelenggaraan Sistem Operasi Android Anjuran KEMAS dengan Kerjasama NADI

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer bertajuk Penyelenggaraan Sistem Operasi Android telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Jun 2025 bertempat di NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh.

Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Kubang Kerian dengan kerjasama tiga pusat NADI iaitu NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Padang Kala, dan NADI Kampung Pantai Sabak.

Kursus ini memberi fokus kepada pendedahan dan penguasaan peserta terhadap teknologi semasa yang berkaitan dengan penggunaan dan penyelenggaraan sistem Android. Menariknya, peserta turut diajar cara menggunakan aplikasi dan platform digital terkini seperti:

  • ChatGPT – sebagai pembantu kecerdasan buatan (AI)

  • Canva – untuk reka bentuk grafik secara dalam talian

  • Bing Image Creator – untuk menjana imej menggunakan teknologi AI

  • Face Swap – untuk suntingan imej berasaskan wajah

  • Vidnoz – untuk menghasilkan video menggunakan avatar digital

Sepanjang sesi dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, para peserta menunjukkan minat mendalam dan aktif mencuba setiap perisian yang diperkenalkan. Sesi pembelajaran juga diselitkan dengan latihan praktikal secara langsung agar peserta dapat memahami dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.

Program ini diharap dapat membuka peluang baharu kepada peserta dalam dunia digital, seterusnya meningkatkan tahap celik teknologi dalam kalangan komuniti setempat.

Berita Berkaitan