PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Open Tuition Bersama NADI DILEA: Tuisyen Rakyat Subjek Bahasa Melayu

6 November 2025 – Sesi Open Tuition bersama NADI Dilea: Tuisyen Rakyat untuk subjek Bahasa Melayu  bertujuan membantu pelajar meningkatkan penguasaan akademik melalui kaedah pembelajaran tambahan yang lebih tersusun dan mudah diakses. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang melalui platform LMS Dilea & Google Meet, dengan guru menyampaikan pengajaran secara dalam talian dan pelajar mengikuti kelas dari makmal komputer pusat NADI.

Seramai 5 orang pelajar telah menyertai sesi kali ini yang terdiri daripada 1 orang pelajar Tingkatan 1 dan 4 orang pelajar Tingkatan 2. Kelas Bahasa Melayu ini memberi fokus kepada:

  • Pengukuhan kemahiran tatabahasa dan penulisan

  • Latihan pemahaman dan teknik menjawab peperiksaan

  • Bimbingan tugasan PdP dan persediaan akademik berterusan

Program Open Tuition ini merupakan salah satu usaha NADI dalam menyokong pendidikan komuniti setempat melalui penyediaan akses pembelajaran digital berkualiti, khususnya bagi pelajar yang memerlukan sokongan tambahan dalam pelajaran. NADI Kampung Pantai Sabak berharap lebih ramai pelajar akan menyertai sesi tuisyen akan datang dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan akademik melalui peluang yang disediakan.

Berita Berkaitan