PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar NADI E-Sukan – 2D Animation For Beginners

28 Disember 2025 – Seramai lapan orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah berjaya mengikuti webinar “2D Animation for Beginners”..

Program yang berlangsung selama empat jam bermula jam 9.00 pagi itu menampilkan penceramah pakar, Encik Faizal Hakimmy. Sesi yang diadakan secara dalam talian menerusi Google Meet ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada komuniti mengenai teknik penghasilan animasi yang semakin popular dalam industri e-sukan dan kandungan digital.

Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu asas animasi yang praktikal, antaranya:

  • Asas Animasi 2D: Pengenalan kepada konsep “frame-by-frame” dan bagaimana gambar pegun digerakkan menjadi animasi.

  • Pengenalan Perisian: Tutorial ringkas penggunaan alatan (tools) asas untuk melukis dan menggerakkan karakter.

  • Teknik Penceritaan Visual: Cara menyusun jalan cerita yang ringkas sebelum memulakan proses animasi.

  • Peluang Kerjaya Digital: Pendedahan mengenai bagaimana kemahiran animasi boleh menjadi kerjaya dalam industri permainan video (e-sukan) dan media kreatif.

  • Latihan Amali: Peserta diberi peluang mencuba menghasilkan gerakan mudah untuk karakter pilihan mereka sendiri.

Melalui bimbingan Encik Faizal Hakimmy, peserta bukan sahaja belajar secara teori, malah mendapat inspirasi untuk menceburi bidang kreatif digital. NADI komited untuk terus membekalkan ilmu kemahiran tinggi (high-skill) seperti ini bagi memastikan pelajar di Kampung Pantai Sabak mempunyai daya saing yang tinggi dalam ekonomi digital.

Berita Berkaitan