7 Julai 2025, Isnin – Program Short Learning Series (SLS) di bawah inisiatif NADI MAHIR diteruskan lagi dengan kelas bertajuk “Buat Beg Sendiri? Jom Belajar Jahit Tote Bag!” – sebuah sesi pembelajaran santai yang terbuka kepada semua peringkat umur.
Dalam kelas ini, peserta diajar langkah demi langkah cara menjahit beg tote menggunakan pola asas, teknik potongan kain yang betul, dan pengendalian mesin jahit untuk hasil kemas dan praktikal.Walaupun sesi berlangsung secara dalam talian melalui saluran YouTube Mahir, dua orang peserta hadir ke NADI Kampung Pantai Sabak untuk menonton bersama dan mengikuti kelas dengan lebih selesa.
Program ini memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mempelajari kemahiran baru dengan mudah dan percuma, sambil memanfaatkan kemudahan yang tersedia di pusat NADI.


