PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor Perdana

21 Mei – Seramai 420 pelajar Tingkatan 1 hingga 4 SMK Panchor Perdana telah menyertai Kempen Internet Selamat bagi memupuk kesedaran tentang penggunaan dunia digital secara bijak dan beretika.

Program ini dijayakan hasil kolaborasi strategik empat buah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) iaitu NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Padang Kala, dan NADI Salor.

Melalui bimbingan 4 fasilitator, para pelajar didedahkan dengan 4 modul utama:

  • Maklumat Palsu (Menapis kesahihan berita)

  • Jejak Digital (Menjaga privasi peribadi)

  • Red Flag (Sedar ancaman scam)

  • Buli Siber (Etika di media sosial & impak mental)

Program turut menyaksikan pelantikan  Ikon K-DAT (Guru) dan Ikon K-DAT (Pelajar). Melalui kempen ini, peserta kini lebih peka dalam melindungi akaun media sosial, menghindari penipuan dalam talian, serta mampu mengamalkan budaya internet yang positif dan seimbang.

Berita Berkaitan