PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kaunter Perkhidmatan KWSP di NADI Kampung Pantai Sabak

15 Januari 2026 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuka kaunter perkhidmatan di Pusat NADI Kota Bharu bagi memudahkan urusan orang ramai mendapatkan perkhidmatan berkaitan KWSP.

Sepanjang pelaksanaan kaunter perkhidmatan tersebut, seramai 21 orang pengunjung hadir untuk mendapatkan khidmat seperti semakan akaun, kemas kini maklumat ahli serta pertanyaan berkaitan caruman dan pengeluaran KWSP.

Inisiatif ini bertujuan mendekatkan perkhidmatan KWSP kepada komuniti setempat, khususnya dalam membantu masyarakat mendapatkan maklumat dan perkhidmatan secara terus tanpa perlu ke pejabat KWSP.

Pihak Pusat NADI merakamkan penghargaan kepada KWSP atas kerjasama yang diberikan dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat komuniti setempat.

Berita Berkaitan