21 Julai 2025 – Program MAHIR sesi ke-2 kini telah bermula secara rasmi pada 21 Julai 2025!
Berikut adalah jadual penyertaan kelas MAHIR bagi peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak, yang melibatkan lima bidang utama iaitu Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet dan Agri Pintar.
Program ini merupakan inisiatif penting untuk memperkasa komuniti dengan ilmu dan kemahiran praktikal, seiring dengan semangat Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Semoga para peserta mendapat manfaat yang maksimum serta pengalaman berharga sepanjang mengikuti sesi MAHIR ini. Tahniah dan selamat berjaya kepada semua!
