PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kelas NADI E-Sukan: Strategi Media Sosial & Imej Diri

9 November 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak telah berjaya menganjurkan Kelas NADI E-Sukan bagi bulan November yang memberi fokus kepada topik Strategi Media Sosial & Imej Diri. Kelas ringkas ini bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang.

Seramai 6 orang peserta telah menyertai kelas ini, terdiri daripada pemain e-sukan belia setempat yang aktif dalam pertandingan Mobile Legends dan platform permainan lain di kawasan sekitar.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada:

  • Teknik membina identiti diri (personal branding) sebagai atlet e-sukan

  • Kaedah mengurus dan memanfaatkan media sosial secara profesional

  • Tips menghasilkan kandungan ringkas untuk menarik penonton & penaja

  • Etika komunikasi digital dan keselamatan dalam talian

Program ini bertujuan meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi atlet e-sukan, selain membuka peluang kepada mereka untuk bergerak ke peringkat lebih tinggi melalui imej yang lebih teratur dan profesional.

NADI Kampung Pantai Sabak berharap penganjuran kelas sebegini dapat diteruskan dari masa ke masa sebagai usaha memperluaskan penglibatan golongan belia dalam bidang e-sukan dan pembangunan bakat digital.

Berita Berkaitan