PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Kempen Internet Selamat 2026 Siri 15: Privasi Data-Data Anda, Nyawa Anda Jangan Biar Dicuri

4 April 2026 – Telah berlangsung Program Siri Webinar Kempen Internet Selamat 2026 Siri 15 bertajuk “Privasi Data: Data Anda, Nyawa Anda – Jangan Biar Dicuri” melalui platform Google Meet di NADI.

Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Siti Ainul Mursyida binti Shamsudin (Cikgu Ainul) dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan dewasa. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga privasi data serta risiko kebocoran maklumat peribadi di dunia digital.

NADI Kampung Pantai Sabak telah mencatatkan penyertaan seramai 8 orang peserta yang mengikuti webinar ini. Para peserta menunjukkan penglibatan yang baik sepanjang sesi berlangsung dan memperoleh pendedahan berguna berkaitan keselamatan data.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu masyarakat lebih peka dan berhati-hati dalam menguruskan maklumat peribadi secara atas talian.

Berita Berkaitan