PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi 5 – Teknik Penulisan Karangan

11 April 2026 – Dua orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi 5 yang berlangsung secara dalam talian pada 11 April 2026, bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Webinar kali ini membawakan tajuk Teknik Penulisan Karangan dan dikendalikan oleh Cikgu Azhar. Program ini memberi pendedahan kepada peserta, khususnya pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, mengenai kaedah penulisan karangan yang lebih tersusun, menarik dan berkesan.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah didedahkan dengan teknik membina pendahuluan yang baik, penyusunan isi penting serta cara menghasilkan penutup karangan yang mantap. Penyertaan dalam webinar seperti ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu serta menambah keyakinan dalam menghadapi peperiksaan dan tugasan sekolah. Semoga manfaat yang diperoleh dapat digunakan dalam pembelajaran harian.

Berita Berkaitan