PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2

6 Ogos 2025, Rabu – NADI Kampung Pantai Sabak dengan kerjasama NADI Kg Kedai Buloh telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2 pada pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi yang melibatkan seramai 30 orang murid Tahun 5. Program ini bertujuan membina asas kefahaman mengenai penggunaan Internet secara selamat, memahami had umur minimum 13 tahun bagi penggunaan media sosial, serta memberi kesedaran tentang risiko dan ancaman dalam talian.

Aktiviti dilaksanakan berpandukan Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) bagi murid sekolah rendah (10–12 tahun). Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan mengikuti pelbagai stesen pembelajaran berdasarkan Modul 2 Tahap 2, antaranya:

  • Pecah Ruyung (Penetapan Minda)

  • Literasi Digital

  • Had Umur Penggunaan Media Sosial

  • Bahaya Media Sosial 1 & 2

  • Alternatif Kepada Media Sosial

Seramai tiga (3) orang fasilitator telah bertugas bagi memastikan kelancaran program. Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dengan membina kesedaran, memberi pendedahan dan galakan kepada murid untuk menggunakan Internet secara lebih bertanggungjawab.

Berita Berkaitan