12 April 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak bersama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Padang Kala telah menyertai Program Komuniti MADANI x Jualan Rahmah bagi mendekatkan lagi perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mengenali fungsi dan peranan NADI melalui pameran serta taklimat ringkas yang disediakan. Selain itu, NADI turut menawarkan saringan kesihatan percuma melibatkan pemeriksaan tekanan darah, glukosa, dan indeks jisim badan (BMI).
Penyertaan ini merupakan usaha berterusan NADI untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan komuniti serta mempromosikan pelbagai inisiatif yang dijalankan demi kesejahteraan rakyat.
Program yang turut menampilkan jualan barangan harga rahmah ini berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.