2 September 2025 – Kelas Open Tuition Bahasa Inggeris bagi minggu pertama bulan September telah dijalankan melalui platform DILEA Digital Learning dengan penyertaan seorang pelajar Tingkatan 1.
Penganjuran kelas ini di bawah inisiatif DILEA bertujuan memberikan sokongan tambahan kepada pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris. NADI Kampung Pantai Sabak sentiasa berusahan untuk memastikan peserta daripada komuniti setempat dapat turut serta dalam program ini.
Program seperti ini diharap dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk terus memanfaatkan peluang pembelajaran digital yang disediakan.


