15 Mac 2026 – Dua peserta telah menyertai sesi NADI E-Sukan: Jejak Digital dan Risiko Media Sosial yang berlangsung pada 15 mac 2026. Program ini memberi pendedahan kepada belia tentang penggunaan media sosial dengan bijak serta kesedaran terhadap risiko digital seperti penyebaran maklumat palsu dan keselamatan akaun dalam talian.
Dalam sesi ini, peserta berpeluang mempelajari cara melindungi identiti digital, memahami implikasi perkongsian kandungan secara terbuka, serta meningkatkan kemahiran penggunaan media sosial secara selamat. Aktiviti ini turut menekankan tanggungjawab pengguna dalam membina jejak digital yang positif. Program ini sangat bermanfaat dan membuka mata tentang betapa pentingnya menjaga keselamatan diri di dunia maya.
