PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI E-Sukan: Kelas Kesedaran Komunikasi Dalam Pasukan

4 April 2026 – Kelas Kesedaran dalam LMS NADI E-Sukan bertajuk Komunikasi Dalam Pasukan E-Sukan telah dilaksanakan mengikut ketetapan pada 3 hingga 5 April 2026 (Jumaat hingga Ahad), dengan akses bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang melalui platform LMS NADI E-Sukan.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan komunikasi yang berkesan dalam sesebuah pasukan e-sukan, seterusnya membantu memperkukuhkan kerjasama dan strategi permainan secara berkumpulan.

NADI Kampung Pantai Sabak telah mencatatkan penyertaan seramai 8 orang peserta yang mengikuti kelas ini pada hari Jumaat dan Sabtu. Kesemua peserta menunjukkan minat dan komitmen yang baik sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

Diharapkan program seperti ini dapat terus melahirkan komuniti e-sukan yang lebih berdisiplin, berdaya saing serta memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi.

Berita Berkaitan