PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Tiny Techies – Bengkel Robotik Untuk Pelajar Sekolah Rendah

Satu inisiatif berfokus kepada pendedahan awal teknologi kepada pelajar sekolah rendah telah berjaya dilaksanakan melalui Bengkel Robotik Untuk Pelajar Sekolah Rendah yang berlangsung secara atas talian pada 14 Jun 2025. Bengkel ini menghimpunkan penyertaan dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia dalam satu sesi pembelajaran interaktif dan menyeronokkan.

Bengkel ini bertujuan memperkenalkan asas dunia robotik dan teknologi kepada pelajar seawal usia sekolah rendah, sekaligus membina minat dan semangat ingin tahu dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Meskipun dijalankan secara maya melalui platform Google Meet, sesi ini tetap berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Pelajar diberikan penerangan asas tentang komponen robotik, fungsi serta demonstrasi ringkas yang mudah difahami dan menarik minat mereka.

Pihak NADI merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai bengkel ini. Semoga usaha ini dapat memupuk minat terhadap teknologi dalam kalangan pelajar sekolah rendah serta menyemarakkan semangat generasi muda ke arah masa depan yang berasaskan inovasi.

Berita Berkaitan