PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI x Kidventure – Webinar 1 Cohort 3: Pelan Perniagaan Pertama Saya

21 Jun 2025 (Sabtu), webinar pertama bagi Cohort 3 Program Kidventure telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Webinar ini bertemakan “Pelan Perniagaan Pertama Saya”, dan telah menghimpunkan para peserta muda dari negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Sesi yang padat ilmu ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, Zafirah Amalina Zainol Anuar, yang berkongsi tentang asas-asas penting dalam membangunkan pelan perniagaan pertama, khususnya untuk golongan belia yang mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan.

Dua orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak turut  menyertai webinar bagi Cohort 3. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen dan semangat tinggi belia tempatan dalam menimba ilmu serta mengembangkan potensi diri melalui platform digital. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam membina masa depan yang lebih cemerlang!

Berita Berkaitan