PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI x Kidventure – Webinar 3 (Pemasaran)

14 Jun 2025 – Program NADI x Kidventure Cohort 2 diteruskan lagi dengan Sesi Webinar ke-3 yang berlangsung pada 14 Jun 2025 secara atas talian melalui platform Google Meet. Sesi kali ini membawa topik penting dalam dunia keusahawanan iaitu “Pemasaran”, dan dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, Puan Zauyah.

Sesi selama satu jam ini melibatkan Kumpulan 1 yang terdiri daripada peserta dari enam buah negeri: Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Peserta didedahkan dengan konsep asas pemasaran serta teknik dan strategi yang sesuai untuk diaplikasikan dalam perniagaan kecil dan sederhana, khususnya dalam persekitaran digital masa kini.

Webinar ini bertujuan untuk memupuk kemahiran keusahawanan dan mempersiapkan peserta dengan pengetahuan penting dalam membina jenama, memahami audiens serta memasarkan produk dengan lebih efektif. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan celik digital.

Berita Berkaitan