13 Oktober 2025 – 2 pelajar daripada NADI Kampung Pantai Sabak telah mengikuti Kelas Open Tuition DILEA untuk subjek Sejarah. Sesi ini diadakan mengikut jadual bulanan Oktober 2025 yang disediakan oleh DILEA: Tuisyen Rakyat. Program ini bertujuan membantu pelajar mengulang kaji pelajaran serta memahami topik yang diajar dengan lebih mendalam.
Kelas dijalankan secara percuma di NADI seluruh negara bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu dan meningkatkan prestasi akademik.


