27 Julai 2025 (Ahad) – Satu sesi Perjumpaan Jabatan Komunikasi (J-KOM) bersama Key Communicator telah diadakan di NADI Kampung Pantai Sabak pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Program yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara J-KOM dan komuniti tempatan melalui penyelarasan maklumat serta peranan key communicator sebagai penghubung utama di peringkat akar umbi.
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri sesi ini yang merangkumi penerangan dasar-dasar semasa kerajaan, strategi komunikasi berkesan dan peranan penting komuniti dalam penyampaian maklumat yang sahih dan tepat.
Program ini diharapkan dapat memperkasakan lagi rangkaian komunikasi dua hala antara pihak J-KOM dan masyarakat setempat demi kesejahteraan bersama.


