26 Julai 2025 (Sabtu) – Webinar Berkala Bahasa Melayu edisi ketiga telah berlangsung dengan topik “Mudahnya Menulis Karangan” yang disampaikan oleh Cikgu Azizi, Tutor Program Anak Kita (KPM-UPSI 2025). Seorang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak yang merupakan pelajar Tingkatan 5 telah menyertai sesi ini secara dalam talian. Webinar ini memberi pendedahan tentang teknik mudah menulis karangan, strategi menjawab soalan peperiksaan serta contoh penulisan yang efektif.
Program ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan kemahiran bahasa dan memberi motivasi kepada mereka untuk lebih yakin dalam penulisan Bahasa Melayu.


