PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)

11 April 2025 – Seramai 81 pasukan mewakili NADI dari seluruh Kelantan telah menyertai Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada 11 dan 12 April 2025.

Pertandingan ini diadakan bagi memilih wakil NADI Kelantan ke peringkat kebangsaan, selain memupuk semangat kesukanan dan memperkasa belia melalui platform e-sukan yang sihat dan kompetitif. Kejohanan ini menyaksikan aksi penuh strategi, semangat berpasukan dan persaingan sihat antara peserta. Suasana meriah dan penuh semangat menjadi bukti bahawa e-sukan kini semakin diterima sebagai salah satu platform pembangunan belia.

Penganjuran ini selaras dengan matlamat NADI untuk memperkasa komuniti melalui pendekatan kreatif dan inklusif, di samping mendekatkan belia dengan nilai murni seperti kerjasama, kepimpinan dan disiplin melalui sukan digital.

Berita Berkaitan