PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Simpan Baik-Baik Bersama KWSP

20 Mei 2025 – Program “Simpan Baik-Baik Bersama KWSP” yang diadakan di NADI Kampung Pantai Sabak telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan perancangan simpanan masa depan melalui kemudahan yang ditawarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sepanjang program berlangsung, wakil dari KWSP telah menyampaikan taklimat informatif mengenai pelbagai kemudahan seperti i-Akaun, caruman sukarela, i-Saraan dan pelbagai pilihan simpanan yang sesuai untuk golongan bekerja sendiri, suri rumah serta individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Ramai pengunjung mengambil peluang untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun masing-masing secara terus di lokasi program. Ruang interaksi bersama wakil KWSP membolehkan mereka bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai sebarang kemusykilan berkaitan KWSP, sekali gus menjadikan program ini lebih mesra dan mudah diakses oleh komuniti.

Penganjuran program ini bukan sahaja memperkasakan pengetahuan kewangan masyarakat setempat, malah membuktikan komitmen KWSP dalam mendekati rakyat dan menyebarkan maklumat secara terus kepada komuniti.

Berita Berkaitan