17 Mei 2025, satu lagi inisiatif pembelajaran teknologi telah dianjurkan di bawah program Siri SF4A iaitu Bengkel SQL khas untuk pelajar sekolah menengah untuk negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang Structured Query Language (SQL), bahasa standard yang digunakan dalam pengurusan dan manipulasi data dalam pangkalan data. Peserta didedahkan kepada arahan-arahan asas seperti SELECT
, INSERT
, UPDATE
, dan DELETE
, serta teknik membina jadual dan membuat carian data secara sistematik.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan NADI untuk memperkasa pelajar dengan kemahiran digital yang relevan dan diperlukan dalam era ekonomi data masa kini.