13 Disember 2025 – Seramai tujuh orang peserta NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Siri Webinar Kempen Internet Selamat 2025 (Siri 12) yang berlangsung secara dalam talian petang tadi.
Webinar bertajuk “Zon Bahaya Digital: Cara Kekal Selamat dalam Dunia Hiper-Connected” itu disampaikan oleh penceramah jemputan, Siti Ainulmursyida binti Shamsudin (Cikgu Ainul) menerusi platform Google Meet.
Sesi yang bermula jam 3.00 petang itu memberi fokus kepada kesedaran keselamatan siber bagi membantu peserta, termasuk kanak-kanak dan dewasa, mengenali ancaman digital serta langkah pencegahan ketika melayari internet. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan NADI dalam memperkasa komuniti agar lebih bijak dan selamat di ruang siber.


