21 Jun 2025 – Siri ke-6 Webinar Kempen Internet Selamat 2025 telah dianjurkan menerusi platform Google Meet di NADI, dengan topik penting bertajuk “Perangkap Digital: Kenali dan Elak Laman Web Jahat”. Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan dewasa, sebagai usaha mendidik pengguna internet mengenai ancaman digital yang kian meningkat.
Webinar ini menampilkan Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Dalam sesi tersebut, beliau menerangkan secara terperinci mengenai taktik laman web jahat, teknik penyamaran siber (phishing), serta kaedah mengenal pasti dan melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Antara pengisian menarik termasuk:
-
Jenis-jenis laman web berbahaya dan cara ia memerangkap pengguna
-
Ciri-ciri amaran awal (red flags) laman web palsu
-
Alat keselamatan dan perlindungan data peribadi
-
Tips untuk ibu bapa dan anak-anak menggunakan internet dengan selamat
Pihak NADI Kampung Pantai Sabak merakamkan penghargaan atas kehadiran dan penyertaan aktif para peserta, serta berharap mesej keselamatan digital ini akan terus disebarkan dalam komuniti agar lebih ramai celik risiko siber.


