PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Tiny Techies – Program Mentor Sesi 6 untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

21 Jun 2025 – Sesi ke-6 bagi Program Mentor Tiny Techies terdiri daripada pelajar sekolah rendah (SK) dan sekolah menengah (SMK). Program ini dilaksanakan secara dalam talian dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta yang berminat dalam bidang teknologi dan inovasi digital.

Dalam sesi ini, para peserta berpeluang untuk menerima bimbingan secara langsung daripada mentor-mentor berpengalaman yang memberikan tunjuk ajar dan motivasi berkaitan bidang STEM, robotik dan kreativiti digital. Selain itu, peserta turut dibimbing dalam penghasilan idea projek serta diajak untuk berfikir secara kritikal dan inovatif.

Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar untuk mendalami ilmu teknologi, malah turut menjadi platform bagi membina keyakinan diri dan kemahiran komunikasi melalui sesi soal jawab dan perkongsian idea bersama mentor. NADI Kampung Pantai Sabak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat tinggi sepanjang sesi berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih cemerlang dalam bidang teknologi dan inovasi.

Berita Berkaitan