PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Tiny Techies Siri 3: Ulang Kaji Micro:bit, Python & Robotik

Kelas Tiny Techies Siri 3 telah dilaksanakan dengan melibatkan dua sesi berasingan mengikut kategori umur iaitu pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bagi pelajar sekolah rendah, sesi Ulang Kaji Siri 3 Micro:bit & Robotik telah berlangsung pada jam 2.00 petang hingga 3.00 petang dengan penyertaan seramai tiga orang peserta. Sesi ini memberi penekanan kepada ulang kaji asas pengaturcaraan dan robotik secara interaktif serta hands-on, termasuk pembinaan logik kod dan kawalan pergerakan robot.

Manakala bagi pelajar sekolah menengah, sesi Ulang Kaji Siri 3 Python, HTML & SQL telah diadakan pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang dengan penyertaan tiga orang peserta. Kelas ini memberi fokus kepada pengukuhan asas pengaturcaraan, pembangunan laman web serta pemahaman asas pengurusan pangkalan data.

Kelas Tiny Techies ini dijalankan secara dalam talian dan dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman, lengkap dengan modul pembelajaran serta sesi soal jawab secara langsung bagi meningkatkan kefahaman peserta.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memupuk minat dalam bidang teknologi serta membantu pelajar menguasai kemahiran digital yang relevan dengan keperluan semasa. Walaupun jumlah penyertaan adalah kecil, suasana pembelajaran yang lebih fokus dan interaktif berjaya diwujudkan.

Berita Berkaitan