16 Ogos 2025 – NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi Ke-4 yang dianjurkan secara serentak di seluruh NADI. Sesi khas ini menampilkan Cikgu Nordini, Guru Bahasa Inggeris KPM, yang berkongsi panduan berkaitan pengukuhan format dan persediaan UASA untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5.
Seorang peserta telah mengikuti sesi yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Walaupun dengan penyertaan yang kecil, program ini tetap memberi manfaat dalam membantu pelajar meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta keyakinan menghadapi peperiksaan.
Pihak NADI berharap agar lebih ramai pelajar akan mengambil peluang menyertai siri webinar akan datang sebagai usaha memperkukuh kemahiran bahasa dan pencapaian akademik.


