4 Oktober 2025, dua orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi Ke-5 anjuran DILEA: Tuisyen Rakyat dengan kerjasama dan penglibatan NADI di seluruh negara.
Sesi kali ini bertemakan “Master the Reading Challenge” dan dikendalikan oleh Cikgu Diyana, seorang pendidik berkelulusan B.Ed TESL yang berpengalaman luas dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris.
Webinar ini memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5 tentang strategi membaca dengan berkesan serta teknik memahami teks secara menyeluruh. Program ini turut membantu peserta meningkatkan keyakinan dan kemahiran berbahasa dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.
Program berlangsung dari 2.30 petang hingga 4.30 petang, dan mendapat maklum balas positif daripada para peserta yang bersemangat untuk menyertai edisi seterusnya.


