21 Jun 2025 – Webinar Berkala Matematik Edisi 2 yang ditujukan khas untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah berjaya dianjurkan secara atas talian. Program ini merupakan salah satu inisiatif pendidikan yang bertujuan membantu pelajar mengukuhkan pemahaman terhadap topik-topik utama dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan.
Sesi kali ini dikendalikan oleh Cikgu Azwan, seorang guru berpengalaman luas dalam bidang Matematik sejak tahun 2002. Dengan gaya penyampaian yang santai tetapi berkesan, beliau berjaya menarik perhatian para pelajar melalui teknik-teknik penyelesaian soalan yang mudah difahami serta strategi menjawab soalan berasaskan format terkini peperiksaan.
NADI Kampung Pantai Sabak merakamkan setinggi penghargaan kepada pelajar yang telah menyertai sesi ini dengan penuh komitmen. Diharapkan ilmu yang dikongsikan akan menjadi bekalan berguna untuk kejayaan akademik khususnya dalam peperiksaan SPM yang akan datang.


