21 Februari 2026 – Seramai 6 orang peserta dari NADI Kampung Pantai Sabak telah menyertai Webinar Berkala Sejarah Edisi 4 yang berlangsung pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Webinar ini menampilkan Cikgu Azwan yang berkongsi strategi menjawab soalan Sejarah SPM bagi Kertas 2, khusus untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5. Perkongsian ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik menjawab soalan dengan lebih teratur serta memahami kehendak soalan peperiksaan.
Program ini diharap dapat membantu para pelajar membuat persediaan yang lebih baik dalam menghadapi peperiksaan SPM.


