20 Jun 2025 (Jumaat), webinar bertajuk Memahami Risiko Siber dalam Permainan Online Anak telah berlangsung secara dalam talian pada 20 Jun 2025 (Jumaat) dari jam 3:30 petang hingga 5:00 petang menerusi platform Zoom Live Streaming.
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman siber yang berkaitan dengan permainan online serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil oleh ibu bapa dan penjaga.
Antara pengisian yang dibentangkan termasuk:
-
Jenis ancaman siber yang biasa berlaku dalam permainan online
-
Ciri-ciri permainan yang boleh membuka ruang kepada penipuan dan penyalahgunaan
-
Langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu bapa dan penjaga
-
Peranan komuniti dalam membina persekitaran digital yang selamat untuk anak-anak
Semoga pendedahan ini memberi manfaat dan kesedaran yang lebih tinggi dalam membentuk persekitaran digital yang selamat untuk generasi muda.


